Latar belakang Hartal Doktor Kontrak

Dasar pelantikan doktor kontrak merupakan sebuah dasar yang dikuatkuasakan oleh pihak kerajaan Malaysia sejak 2016 sebagai langkah kemasukan pegawai-pegawai perubatan baharu ke dalam sistem penjagaan kesihatan negara serta alam pekerjaan secara am. Langkah ini dibuat susulan pelambakan graduan perubatan akibat pembukaan institusi-institusi pengajian tinggi, terutamanya yang bersifat swasta secara berlebihan.[3]

Sungguhpun begitu, sistem pelantikan ini menimbulkan bantahan daripada pelbagai pihak atas beberapa sebab. Masalah utama yang diutarakan berkenaan dasar ini ialah nasih para pegawai kerajaan selepas kontrak lima tahun tamat memandangkan tiada dasar yang jelas bagi penyerapan para pegawai perubatan menjadi pegawai yang tetap.[4] Berdasarkan kenyataan oleh Menteri Kesihatan Adham Baba pada Mei 2021, hanya kira-kira 3% (789 orang) pegawai perubatan kontrak yang berjaya dilantik sebagai pegawai perubatan tetap daripada kira-kira 32 ribu orang pegawai terlibat.[4] Selain itu, beberapa lagi isu turut diutarakan termasuk gaji yang tidak setimpal, masalah cuti pekerja dan peluang melanjutkan pelajaran untuk menjadi pakar perubatan khusus.[5]

Kesan utama dasar pelantikan sebegini ialah ancaman pengurangan pegawai kesihatan negara. Hal ini ketara bagi para pelajar jurusan perubatan luar negara yang lebih berkeputusan untuk menyambung pelajaran di negara luar berbanding di Malaysia akibat ketidaktentuan yang terbit daripada dasar ini.[6] Masalah kekurangan doktor pakar di Malaysia juga menjadi ancaman yang diperkatakan dalam isu dasar ini.[7]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: Hartal Doktor Kontrak https://www.astroawani.com/berita-malaysia/hartal-... https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/... https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/... https://www.malaysiakini.com/news/580874 https://www.malaysiakini.com/news/581675 https://www.malaysiakini.com/news/582025 https://www.malaysiakini.com/news/584481 https://doktorkontrak.wordpress.com/ https://doktorkontrak.wordpress.com/2021/07/02/har... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/07...